Friday, October 16, 2009

Kehilangan.....

Assalamualaikumm......
Setelah sekian lamanyer aku x update blog...ari ni dlm keadaan yg senang sikit...aku ingin coretkan sedikit kisah yang tak mungkin aku dan keluarga melupakan untuk selama-lamanya...

Perginya adik bongsu kami " Muhammad Nazli Bin Haji Mohamed Razani" ke Rahmatullah pada tanggal 19hb September 2009 sehari sebelum umat islam menyambut kedatangan hari yang bahagia....arwah adik menemui Pencipta-Nya dengan sekelip mata tanpa meninggal tanda-tanda yang menunjukkan utk tinggal kami selama-lamanya...Kami sekeluarga percaya bahawa ini semuaya adalah kehendak-Nya...kami pasrah dan redha apa yang berlaku walaupun didalam hati kecil kami semua masih terbayang tingkah laku arwah waktu dia masih hidup....Mungkin mak ngan abah nampak tenang...tp dlm hati hanya Tuhan saja yg tahu......

Ketika...aku mendapat panggilan dr kak long...aku seolah tak percaya bahawa arwah mendapat kecelakaan....kerna pernah satu ketika dahulu arwah adik juga pernah kemalangan namun hanya cedera ringan...tp kali ini...semuanya berbeza.....hati berderau kencang...tp aku yakin bhw adik mungkin dpt diselamatkan...insyaallah....tp apa yg kami harapkan hancur berkecai apabila ijam menyerit sewaktu kami semua naik semula ke atas setelah menunaikan solat subur... bahawa adik sudah tiada ada lagi....aku jugak tak mampu menahan sebak terus menangis dan menyerit bahawa kami telah kehilangan adik yg kami sayangi....aku terus memberitahu kaklong dan wa...semuanya tak mampu menanggung perasaan yg amat sedih sgt.....dalam keadaan yg kami tidak bayangkan akan berlaku waktu itu.........

Setelah selesai urusan di hospital....mayat arwah adik dibawa pulang kerumah buat kali terakhir.....kaklong, aku dan wa.....tidak berhenti menangis...meratap...hanya Allah yg tahu ketika itu...tidak dpt aku ungkapkan perasaan itu....................

Aku dan kaklong buat kali terakhir menghantar arwah adik ke "rumah barunya" yg mungkin kecil utk nya...yg bakal gelap utk selama-lamanya.....

" Ya Allah....aku memohon padaMu agar Kau tempatkanlah arwah adikku ditempat org yang beriman dan soleh....Kau terimalah segala amal ibadahnya terhadapMu.....Kau ampuni segala dosa-dosanya......